Saturday, June 25, 2011

Pengiraan utk seorg wanita....




Al Khawarizmi,seorang ahli Matematik Islam ditnya tntg wanita terbaik.


Dia menjwb :
-Jika wanita solehah dan beragama = 1
-Jika dia cantik; tambah 0 kepada 1 =10
-Jika dia kaya ; tambah lagi 0 = 100
-Dan jika dia dari keluarga baik-baik ; tambah lg 0 = 1000
Tetapi jika yang "1" tiada..maka..tiada apa yang tersisa pada wanita tersebut kecuali sekelompok "0"

Wednesday, June 1, 2011

20 Tahun Yang Lalu

20 thun yang lalu, sy juga spt mrk...Kumplan kami bsar. sekali turun ke padg bermain galah panjng pd waktu ptg, atau membakar mercun pd wktu mlm, mmg tidak dinafikn ada antara kami y nakal. Tetapi nakal kami nakal biasa. Tidak biadab dan masih tahu batas susila. Tidak sekali2 kami menyanggah teguran org tua. Hari ini kenakaln itu smacam jauh berbeza. Marah org tua dibalas ketawa. Nasihat jiran tetangga dibalas maki dan nista.


Budak2 yg kurang ajar itu jgn dtegur di depan ibu bapa mereka. Silap2, kita pula y dihamun carut olehnya.

"Engkau jangan nk mengajar aku pula! Jaga anak kamu. Jangan sibuk menegur anak org lain!". Antara dialog yg pernah sy dengar kebelakangan ini di kampung.

Eh, itu bukan bahasa desa. Walaupun rumput masih hijau, budayanya sudah kuning, malah kelabu dan kelam. Apalah ertinya keindahan desa, kalau siang malam jiran tetangga mengeluh kehilangan barang. Jika dulu, paling buruk pun hanya telur ayam dan durian. Hari ini, basikal, gril rumah, besi penutup lubang tandas, motosikal malah rumah diceroboh terutamanya yang milik wanita tua kematian suami.

Allah, inikah damai desa yg mahu dibanggakn?

Saya terus mengelamun di anak tangga. Darah panas, sepanas air mata yang bergenang memikirkan bala ini.

Dipetik dari: Aku Terima Nikahnya, Hasrizal Abdul Jamil

renungkanlah....................................... :(