Thursday, April 21, 2011
WHaTeVa SiTuaTioNS, GOD iS aLWaYs WiTH uS..
He will bring you through it.
In Happy moments, praise God.
In Difficult moments, seek God.
In Quiet moments, worship God.
In Painful moments, trust God.
In Every moment, thank God.
Wednesday, April 20, 2011
WATCH OUT!!!!!!!!!!!
Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny.
Tuesday, April 12, 2011
Monday, April 11, 2011
Wanita pertama masuk syurga sblum anak Rasulullah
Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda,
“Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.
Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata,
“Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.
Lalu Rasulullah S.A.W bersabda,
“Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.
Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata,
“Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”.
Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.
Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”.
Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”.
Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.
Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.
Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.
Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.
Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”.
“Terima Kasih” sahut suaminya.
Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.
Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?”
Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”.
“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah.
Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.
Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?”
Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”.
Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?”
Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.
Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.
Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.
Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.
Tuesday, March 1, 2011
Jibril bertemu Kerbau, Kelawar & Cacing
Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya,
“Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”
Si kerbau menjawab,
“Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”
Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.
Kemudian dia bertanya,
“Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?”
"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar.
Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.
Lalu Jibril bertanya kepada si cacing,
“Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?”
Si cacing menjawab,
“Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”
setiap amalan, janji jujur dan ikhlas
Satu saat dia sedang berjln-jln dan terlihat gumpalan awan berarak.
Abu Qallabah spt terdengar suara.
"Sirami dan basahilah airmu di belakang si Fulan!"
Abu Qallabah yg kehairanan terus mengikuti gerakan awanhingga sampai di ladang si Fulan.
Hujan menyirami seluruh ladang.
Abu Qallabah berjaya menemui si Fulan ingin mengetahui apa yg dilakukannya hingga tanaman dan ladangnya subur kerana sering disirami hujan.
Dng tawadhuk si Fulan menjawab,
Satu bahagian buat fakir miskin, satu bahagian buat aku,
dan satu bahagian lagi buat membeli benih buat tanaman semula."
Semua usaha yang jujur dgn niat kerana Allah biar ada perdebatannya, cukuplah hanya Allah yg Maha Mengetahui...kerana setiap perbuatan amat perlu diusahakan agar mendapat keberkatan.
Wednesday, February 16, 2011
Semoga bermanfaat..
Alhamdulillah,aku bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah,dilahirkan sebagai muslimah di dunia ini..
Ini antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita..hmm
Mengapa mesti bertudung? Rambut kan mahkota wanita.
Benar, rambut adalah mahkota wanita. Disebabkan terlalu ingin menjaga ‘mahkota’ ini untuk dipamerkan kepada semua orang, wanita menghabiskan banyak masa untuk menguruskannya. Sebagai contoh, wanita semestinya tidak ingin sehelai pun rambutnya terpacak sedangkan rambut yang lain kelihatan rapi. Jadi, mengapa tidak bertudung? Padahal persiapan untuk menggayakan tudung lebih cepat berbanding persiapan untuk menggayakan rambut.
Satu fakta yang semua orang harus tahu. Rambut lebih mudah berserabut berbanding tudung. Jadi, wanita yang tidak bertudung kerap rimas untuk merapikan kembali rambutnya yang berserabut dek angin. Bagi wanita bertudung, merapikan tudung tidaklah terlalu merimaskan kerana tudung yang berserabut dek angin tidak memerlukan perapian kembali yang banyak.
Selain itu, bukankah rambut adalah salah satu elemen yang sangat sensitif bagi wanita? Rambut senang rosak jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Jadi, mengapa tidak bertudung untuk mengelakkan rambut cepat rosak? Mungkin wanita tidak tahu, rambut juga kusut jika aliran neuron otak bermasalah atau fikiran berserabut. Jadi, setiap helai rambut yang kusut menunjukkan bahawa masalah pada pemikiran sesorang itu. Satu persoalan. Mampukah kita kekal tenang bagi memastikan rambut kekal rapi? Mengapa tidak tutup kepala supaya tiada sesiapa dapat mengagak apa yang berlaku dalam pemikiran kita?
Ramai wanita yang berpendapat bertudung menyebabkan kepala mereka cepat panas. satu fakta yang wanita-wanita ini lupa adalah, wanita yang tidak bertudung memerlukan gel atau krim untuk memastikan rambut mereka kekal rapi. Gel dan krim rambut mengurangkan kadar pernafasan rambut yang memberi kesan kepada kulit kepala, menyebabkan kepala cepat panas yang mengganggu daya pemikiran.
Namun, cukupkah sekadar bertudung ala kadar? Jawapannya, TIDAK! Sebenarnya menampakkan rambut amat berbahaya bagi wanita. Sedarkah kita bahawa salah satu unsur dalam menentukan personaliti dan kesuburan wanita terletak pada rambutnya? Fakta ini tidak asing bagi kebanyakan lelaki dan generasi yang berilmu.
Apa kena-mengena leher dalam aspek aurat wanita? Mengapa wanita tidak boleh menampakkan lehernya?
Seharusnya semua sedar bahawa leher tersangat sensitif. Apatah lagi leher wanita. Hakikatnya, leher wanita juga menjadi penunjuk betapa suburnya wanita tersebut. Semakin sensitif leher seorang wanita itu, semakin suburlah dia. Perubahan suhu sekitar sangat mempengaruhi leher wanita tersebut. Jadi, wanita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menutup lehernya sebaik mungkin kerana ketidakseimbangan pengaliran darah pada leher sangat memberi kesan kepada keseimbangan elemen dalam badan.
Mengapa wanita perlu melabuhkan tudungnya sehingga menutup dada?
Dada wanita sangat sensitif kepada sentuhan apatah lagi tekanan berbanding dada lelaki. Sejujurnya, bahagian dada wanita menarik minat lelaki lebih berbanding muka dan bentuk badannya. Hakikatnya, dada wanita sangat mempengaruhi bentuk badannya. Jadi, kita harus sedar mengapa gejala rogol hari ini begitu berleluasa.
Mengapa bahagian lengan wanita perlu ditutup?
Tangan adalah bahagian yang banyak bekerja dalam kehidupan seharian kita. Jadi, semestinya, ada urat-urat atau otot-otot pada tangan yang akan timbul sedikit. Ini bergantung pada kekuatan dan berapa kerap ia digunakan. Bagi wanita, tidak perlulah menunjukkan bahagian lengannya kerana ia adalah RAHSIA.
Sesetengah wanita sangat bangga kerana mempunya lengan yang licin dan tidak berotot. Bagi mereka, ini suatu kecantikan yang patut dipamerkan. Betapa yakinkah mereka bahawa lengan mereka itu cantik? Ada juga sesetengah yang berpendapat mempunyai lengan berotot itu lebih baik. Lalu mereka menunjuk-nunjuk lengan mereka yang berotot. Bentuk lengan tidak membuktikan kecantikan seseorang.
Ingat! Cantik itu subjektif tetapi sihat itu objektif. Dengan melihat pada lengan seseorang wanita itu sahaja, seseorang mampu memutuskan betapa lancar dan stabilnya hormon wanita tersebut. Sesetengah wanita tahu hakikat ini, namun ramai lelaki yang arif bab ini.
Mengapa wanita perlu berpakaian longgar dan tidak boleh menampakkan susuk tubuhnya? Berpakaian longgar akan menampakkan seorang wanita itu lebih gemuk.
Susuk tubuh adalah aset berharga semua orang. Satu prinsip mudah bagi susuk tubuh. ‘BIAR NAMPAK GEMUK, JANGAN NAMPAK BOROI’. Hakikat pemakaian adalah berpakaian ketat akan menampakkan seorang itu boroi. Samada kita sedar atau tidak, orang yang gemuk juga cantik. Tapi, orang boroi tidak cantik sama sekali. Jadi, jika ingin nampak cantik, jangan kelihatan boroi. Salah satu cara supaya tidak kelihatan boroi adalah berpakaian longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh. Kelihatan boroi bukan hanya bagi mereka yang gemuk, tetapi juga bagi mereka yang kurus. Pendek kata, selagi ada perut, selagi itu ada peluang kelihatan boroi. Hatta tidak makan pun ada peluang kelihatan boroi kerana perut akan diisi dengan angin.
Mengapa wanita dan lelaki perlu menutup dari pusat hingga lutut?
Kerna di situ terdapat aset paling penting wanita dan juga lelaki. Satu fakta yang mungkin ramai tidak tahu, kesuburan alat sulit manusia juga boleh dinilai dari pusatnya dan juga lututnya. Tidak kurang yang tahu hakikat ini. Jadi, tutup bahagian antara pusat hingga lutut ini sebaiknya supaya anda SELAMAT.
Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa bahagian paha adalah sensitif. Apa yang berlaku pada paha agak mempengaruhi sistem sulit lelaki dan wanita. Sistem ejakulasi lelaki atau wanita mampu terbantut jika lutut dan pahanya diusik dengan cara tertentu.
Hakikatnya, terdapat bahagian pada lutut lelaki dan wanita yang terkandung rahsia yang agak besar. Di situ terdapat tanda-tanda yang menunjukkan tahap sistem pembiakan lelaki dan wanita. Percaya atau tidak, sekiranya sesuatu berlaku pada aliran sistem pembiakan lelaki atau wanita, ia tertonjol pada bahagian lututnya.
Mengapa wanita perlu menutup keseluruhan bahagian kakinya?
Betis termasuk dalam bahagian yang menyokong badan. Jadi urat-urat dan dan bentuk kaki seseorang mampu menonjolkan apa yang ada pada badan seseorang. Ini teramat bahaya bagi wanita kerana sistem dalaman wanita kerap kali terganggu. Sudah semestinya wanita tidak mahu sesiapa mengetahui apa yang berlaku dalam badannya. Jadi, tutuplah bahagian kaki sebaik mungkin.
Sebagai bahagian paling bawah badan dan menjadi anggota badan yang paling rapat dengan bumi, banyak toksik berkumpul pada kaki. Kaki seseorang mungkin nampak putih dan lembut, tetapi ini tidak membuktikan sistem dalaman badannya tiada masalah. Kaki yang putih dan lembut itu mungkin kerana sistem dalaman badannya sangat bermasalah. Seperti lengan, kaki juga mampu menjadi petunjuk betapa stabilnya hormon seseorang wanita itu.
Mengapa suara wanita itu termasuk sebagai salah satu auratnya?
Pada suara seseorang wanita itu, terdapat satu tahap yang sangat SEKSI dan merangsang nafsu lelaki. Wanita mungkin tidak sedar hakikat ini dan merasakan semua suara adalah sama. Akan tetapi, lelaki amat peka akan perkara ini. Oleh sebab itu, lelaki senang tertarik kepada suara wanita. Tidak kurang kejadian rogol yang berlaku kerana si lelaki tertarik pada suara sang wanita yang lunak sebelum menyedari bahawa wanita itu cantik lalu merogol wanita malang tersebut.
Yakinkah wanita-wanita di luar sana untuk mengawal tona suara anda? Latihan vokal tidak menjaminkan apa-apa kerana tahap suara ‘memikat’ itu di luar kawalan dan sangat subjektif. Cara yang paling berkesan, simpan suara anda dan berpadalah...
AKHIR KATA :Mengapa wanita itu dikatakan fitnah dunia? Kerana pada susuk badan wanita itu sendiri ada banyak perkara yang boleh ditafsir. Jadi, kepada WANITA dan juga LELAKI, LINDUNGILAH ANGGOTA BADAN ANDA SEBAIK MUNGKIN supaya tidak ditafsir sesiapa. Lebih teruk sekiranya KITA DISALAH TAFSIR.
p/s:note ini bukan ditinta olehku, tp di share dari rakan..semoga bermanfaat utk kita semua,wahai wanita penghias bumi..
