Tuesday, March 1, 2011

Jibril bertemu Kerbau, Kelawar & Cacing

Pada suatu hari, Allah memerintahkan malaikat Jibril menemui seekor kerbau dan meminta dia bertanya satu soalan kepada kerbau itu. Malaikat Jibril segera pergi mematuhi perintah itu.

Pada waktu siang yang panas itu, si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril mendekatinya lalu bertanya,
“Hai kerbau, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kerbau?”

Si kerbau menjawab,
“Masya Allah! Alhamdulillah, Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau. Ini sangat berbeza jika aku dijadikan sebagai seekor kelawar yang mandi dengan air kencingnya sendiri.”

Mendengar jawapan itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor kelawar yang pada ketika itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua.

Kemudian dia bertanya,
“Hai kelawar, apakah kamu selesa dijadikan oleh Allah sebagai seekor kelawar?”

"Masya Allah! Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar daripada dijadikanku seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, dan berjalan menggunakan perutnya,”jawab si kelawar.

Mendengar jawaban itu, malaikat Jibril segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Lalu Jibril bertanya kepada si cacing,
“Wahai cacing yang kecil. Apakah kamu selesa dijadikan Allah sebagai seekor cacing?”

Si cacing menjawab,
“Masya Allah, Alhamdulillah! Aku bersyukur kepada Allah yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing daripada dijadikanku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal, ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya.”

setiap amalan, janji jujur dan ikhlas

Kisah sahabat yg bernama Abu Qallabah r.a.
Satu saat dia sedang berjln-jln dan terlihat gumpalan awan berarak.
Abu Qallabah spt terdengar suara.

"Sirami dan basahilah airmu di belakang si Fulan!"

Abu Qallabah yg kehairanan terus mengikuti gerakan awanhingga sampai di ladang si Fulan.
Hujan menyirami seluruh ladang.
Abu Qallabah berjaya menemui si Fulan ingin mengetahui apa yg dilakukannya hingga tanaman dan ladangnya subur kerana sering disirami hujan.
Dng tawadhuk si Fulan menjawab,

"Ya sahabat, setelah menerima kurniaan Allah,aku akan membahagikan hasil tanaman kpd 3 bahagian.
Satu bahagian buat fakir miskin, satu bahagian buat aku,
dan satu bahagian lagi buat membeli benih buat tanaman semula."

Semua usaha yang jujur dgn niat kerana Allah biar ada perdebatannya, cukuplah hanya Allah yg Maha Mengetahui...kerana setiap perbuatan amat perlu diusahakan agar mendapat keberkatan.

Wednesday, February 16, 2011

Semoga bermanfaat..

Alhamdulillah,aku bersyukur ke hadrat-Mu Ya Allah,dilahirkan sebagai muslimah di dunia ini..

Ini antara persoalan yang sering bermain dalam fikiran kita..hmm

Mengapa mesti bertudung? Rambut kan mahkota wanita.

Benar, rambut adalah mahkota wanita. Disebabkan terlalu ingin menjaga ‘mahkota’ ini untuk dipamerkan kepada semua orang, wanita menghabiskan banyak masa untuk menguruskannya. Sebagai contoh, wanita semestinya tidak ingin sehelai pun rambutnya terpacak sedangkan rambut yang lain kelihatan rapi. Jadi, mengapa tidak bertudung? Padahal persiapan untuk menggayakan tudung lebih cepat berbanding persiapan untuk menggayakan rambut.

Satu fakta yang semua orang harus tahu. Rambut lebih mudah berserabut berbanding tudung. Jadi, wanita yang tidak bertudung kerap rimas untuk merapikan kembali rambutnya yang berserabut dek angin. Bagi wanita bertudung, merapikan tudung tidaklah terlalu merimaskan kerana tudung yang berserabut dek angin tidak memerlukan perapian kembali yang banyak.

Selain itu, bukankah rambut adalah salah satu elemen yang sangat sensitif bagi wanita? Rambut senang rosak jika terdedah kepada cahaya matahari yang terik. Jadi, mengapa tidak bertudung untuk mengelakkan rambut cepat rosak? Mungkin wanita tidak tahu, rambut juga kusut jika aliran neuron otak bermasalah atau fikiran berserabut. Jadi, setiap helai rambut yang kusut menunjukkan bahawa masalah pada pemikiran sesorang itu. Satu persoalan. Mampukah kita kekal tenang bagi memastikan rambut kekal rapi? Mengapa tidak tutup kepala supaya tiada sesiapa dapat mengagak apa yang berlaku dalam pemikiran kita?

Ramai wanita yang berpendapat bertudung menyebabkan kepala mereka cepat panas. satu fakta yang wanita-wanita ini lupa adalah, wanita yang tidak bertudung memerlukan gel atau krim untuk memastikan rambut mereka kekal rapi. Gel dan krim rambut mengurangkan kadar pernafasan rambut yang memberi kesan kepada kulit kepala, menyebabkan kepala cepat panas yang mengganggu daya pemikiran.

Namun, cukupkah sekadar bertudung ala kadar? Jawapannya, TIDAK! Sebenarnya menampakkan rambut amat berbahaya bagi wanita. Sedarkah kita bahawa salah satu unsur dalam menentukan personaliti dan kesuburan wanita terletak pada rambutnya? Fakta ini tidak asing bagi kebanyakan lelaki dan generasi yang berilmu.

Apa kena-mengena leher dalam aspek aurat wanita? Mengapa wanita tidak boleh menampakkan lehernya?

Seharusnya semua sedar bahawa leher tersangat sensitif. Apatah lagi leher wanita. Hakikatnya, leher wanita juga menjadi penunjuk betapa suburnya wanita tersebut. Semakin sensitif leher seorang wanita itu, semakin suburlah dia. Perubahan suhu sekitar sangat mempengaruhi leher wanita tersebut. Jadi, wanita seharusnya mencuba sedaya upaya untuk menutup lehernya sebaik mungkin kerana ketidakseimbangan pengaliran darah pada leher sangat memberi kesan kepada keseimbangan elemen dalam badan.

Mengapa wanita perlu melabuhkan tudungnya sehingga menutup dada?

Dada wanita sangat sensitif kepada sentuhan apatah lagi tekanan berbanding dada lelaki. Sejujurnya, bahagian dada wanita menarik minat lelaki lebih berbanding muka dan bentuk badannya. Hakikatnya, dada wanita sangat mempengaruhi bentuk badannya. Jadi, kita harus sedar mengapa gejala rogol hari ini begitu berleluasa.

Mengapa bahagian lengan wanita perlu ditutup?

Tangan adalah bahagian yang banyak bekerja dalam kehidupan seharian kita. Jadi, semestinya, ada urat-urat atau otot-otot pada tangan yang akan timbul sedikit. Ini bergantung pada kekuatan dan berapa kerap ia digunakan. Bagi wanita, tidak perlulah menunjukkan bahagian lengannya kerana ia adalah RAHSIA.

Sesetengah wanita sangat bangga kerana mempunya lengan yang licin dan tidak berotot. Bagi mereka, ini suatu kecantikan yang patut dipamerkan. Betapa yakinkah mereka bahawa lengan mereka itu cantik? Ada juga sesetengah yang berpendapat mempunyai lengan berotot itu lebih baik. Lalu mereka menunjuk-nunjuk lengan mereka yang berotot. Bentuk lengan tidak membuktikan kecantikan seseorang.

Ingat! Cantik itu subjektif tetapi sihat itu objektif. Dengan melihat pada lengan seseorang wanita itu sahaja, seseorang mampu memutuskan betapa lancar dan stabilnya hormon wanita tersebut. Sesetengah wanita tahu hakikat ini, namun ramai lelaki yang arif bab ini.

Mengapa wanita perlu berpakaian longgar dan tidak boleh menampakkan susuk tubuhnya? Berpakaian longgar akan menampakkan seorang wanita itu lebih gemuk.

Susuk tubuh adalah aset berharga semua orang. Satu prinsip mudah bagi susuk tubuh. ‘BIAR NAMPAK GEMUK, JANGAN NAMPAK BOROI’. Hakikat pemakaian adalah berpakaian ketat akan menampakkan seorang itu boroi. Samada kita sedar atau tidak, orang yang gemuk juga cantik. Tapi, orang boroi tidak cantik sama sekali. Jadi, jika ingin nampak cantik, jangan kelihatan boroi. Salah satu cara supaya tidak kelihatan boroi adalah berpakaian longgar yang tidak menampakkan susuk tubuh. Kelihatan boroi bukan hanya bagi mereka yang gemuk, tetapi juga bagi mereka yang kurus. Pendek kata, selagi ada perut, selagi itu ada peluang kelihatan boroi. Hatta tidak makan pun ada peluang kelihatan boroi kerana perut akan diisi dengan angin.

Mengapa wanita dan lelaki perlu menutup dari pusat hingga lutut?

Kerna di situ terdapat aset paling penting wanita dan juga lelaki. Satu fakta yang mungkin ramai tidak tahu, kesuburan alat sulit manusia juga boleh dinilai dari pusatnya dan juga lututnya. Tidak kurang yang tahu hakikat ini. Jadi, tutup bahagian antara pusat hingga lutut ini sebaiknya supaya anda SELAMAT.

Mungkin ramai yang tidak sedar bahawa bahagian paha adalah sensitif. Apa yang berlaku pada paha agak mempengaruhi sistem sulit lelaki dan wanita. Sistem ejakulasi lelaki atau wanita mampu terbantut jika lutut dan pahanya diusik dengan cara tertentu.

Hakikatnya, terdapat bahagian pada lutut lelaki dan wanita yang terkandung rahsia yang agak besar. Di situ terdapat tanda-tanda yang menunjukkan tahap sistem pembiakan lelaki dan wanita. Percaya atau tidak, sekiranya sesuatu berlaku pada aliran sistem pembiakan lelaki atau wanita, ia tertonjol pada bahagian lututnya.

Mengapa wanita perlu menutup keseluruhan bahagian kakinya?

Betis termasuk dalam bahagian yang menyokong badan. Jadi urat-urat dan dan bentuk kaki seseorang mampu menonjolkan apa yang ada pada badan seseorang. Ini teramat bahaya bagi wanita kerana sistem dalaman wanita kerap kali terganggu. Sudah semestinya wanita tidak mahu sesiapa mengetahui apa yang berlaku dalam badannya. Jadi, tutuplah bahagian kaki sebaik mungkin.

Sebagai bahagian paling bawah badan dan menjadi anggota badan yang paling rapat dengan bumi, banyak toksik berkumpul pada kaki. Kaki seseorang mungkin nampak putih dan lembut, tetapi ini tidak membuktikan sistem dalaman badannya tiada masalah. Kaki yang putih dan lembut itu mungkin kerana sistem dalaman badannya sangat bermasalah. Seperti lengan, kaki juga mampu menjadi petunjuk betapa stabilnya hormon seseorang wanita itu.

Mengapa suara wanita itu termasuk sebagai salah satu auratnya?

Pada suara seseorang wanita itu, terdapat satu tahap yang sangat SEKSI dan merangsang nafsu lelaki. Wanita mungkin tidak sedar hakikat ini dan merasakan semua suara adalah sama. Akan tetapi, lelaki amat peka akan perkara ini. Oleh sebab itu, lelaki senang tertarik kepada suara wanita. Tidak kurang kejadian rogol yang berlaku kerana si lelaki tertarik pada suara sang wanita yang lunak sebelum menyedari bahawa wanita itu cantik lalu merogol wanita malang tersebut.

Yakinkah wanita-wanita di luar sana untuk mengawal tona suara anda? Latihan vokal tidak menjaminkan apa-apa kerana tahap suara ‘memikat’ itu di luar kawalan dan sangat subjektif. Cara yang paling berkesan, simpan suara anda dan berpadalah...

AKHIR KATA :Mengapa wanita itu dikatakan fitnah dunia? Kerana pada susuk badan wanita itu sendiri ada banyak perkara yang boleh ditafsir. Jadi, kepada WANITA dan juga LELAKI, LINDUNGILAH ANGGOTA BADAN ANDA SEBAIK MUNGKIN supaya tidak ditafsir sesiapa. Lebih teruk sekiranya KITA DISALAH TAFSIR.

p/s:note ini bukan ditinta olehku, tp di share dari rakan..semoga bermanfaat utk kita semua,wahai wanita penghias bumi..

Tuesday, January 25, 2011

benci yang elok, suker yang x elok


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu,pada hal ia amat baik bagimu dan boleh jadi ( pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui."
Surah Al Baqarah (2) ayat 216.

ayat ni ley dijumper kat maner2 tafsir... tp yang ni di culik oleh wallpost kat fb member.... hihihihihi....

ok, jom discuss cket sal ayat ni..... xreti la nak uraikan.... kang tersalah bg maksud lak.... tp xtau naper tertarik sangat ngan ayat ni.... kalo ikut yang diri ini fahami, ayat ni cam menyindir remaja2 skarang ni jer..... yer la.... skunk ni, sumer jenis nak wat benda ikot kepala sendiri jer... benda yang x elok, tu la yang nak n suker wat... kalo benda2 y xelok, semacam jengkel n takut lak nk wat..... diri ini pon tak lari dr wat benda2 ni.....
hmmmm.... kalola ader sesaper y ley bg hujah sal ayat ni ngan lbey lanjut.... berguru mesti dngn guru.... xbley skadar membaca..... perlu ader guru y membimbing agar tidak terpesong..... tp, nk cari guru tu problem.... adoyai.......

Monday, January 24, 2011

Rasulullah SAW dengan sebiji limau.

"Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka.

Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


obtained by: al-munir

Sunday, January 23, 2011

~Lapar=sakit~makan=ubat~

"Lapar itu penyakit. makan itu ubat. Orang yang sakit akan minum ubat. Kalau tidak sakit, x boleh minum ubat. kalau minum ubat, ikuti petunjuk doktor. jangan terlalu sedikit. jangan pula terlalu banyak. Sungguh aneh apabila ada orang yang selalu minum ubat padahal dia tidak sakit, nak."

"Jadi.... makan 3 kali sehari menurut pakcik itu aneh?"

"3 kali atau 4 kali, atau sepuluh kali kalau memang itu dilakukan ketika telah merasa lapar, tidaklah aneh. Yang aneh adalah ketika perut tidak lapar, tetapi tetap saja makan 3 kali sehari. Dengan cara seperti itu, perut dimanjakan dengan makanan. Sesiapa saja orangnya yang memanjakan perutnya dengan makanan, maka dia akan jauh daripada Nur Allah. Siapa saja yang terbiasa dalam keadaan menahan lapar, insyaAllah dia akan mudah mendapat hikmah"
Dipetik dari Munajat Cinta; Taufiqurrahman al-Azizy

Thursday, January 20, 2011

driver vs pensyarah


" Semuanya telah ditetapkan Allah, Kang. Kalau semuanya nak jadi pensyarah, siapa pula yang nak memandu lori? Dan siapa yang boleh aku ajak untuk menghantarkan buku-buku ini? Sebenarnya selagi kita tahu bersyukur, apa kerja pun insya-Allah akan diredhai Allah. Dengan keredhaan Allah semuanya akan mendapat berkat. Yang mahalnya keberkatannya itu."

dipetik dari: Ketika Cinta Bertasbih;Habiburrahman El Shirazy

tertarik dengan ayat ni... betapa kiter seharusnyer bersyukur ngan apa y kiter perolehi... sesungguhnyer rezeki Allah beri amat luas dan tidak terbatas.... kadangkala, kiter just tgk rezeki dari segi material jer.... padahal, tubuh badan y sihat, keupayaan utk bekerja atau membuat sesuatu, oksigen y kite sedut sehari-hari semuanyer rezeki kurniaan Allah s.w.t.... mungkin, pemandu lori, gajinyer ciput kalo nk dibandingkan ngan seorg pensyarah or perdana menteri sekali pun.... tapi, rezeki y Allah beri kat pemandu lori tu, blum tentu lagi sikit dari pensyarah tu.... maner la tau, maybe pensyarah tu bergaji besar, tp dier ader bnyk mslah len kna pk... mungkin, dier x sihat ker, ader family y sakit ker.... xder maser utk diri sendiri ker..... tubuh badan y sihat, ahli keluarga yang sihat, punyai maser terluang untuk diri sendiri, sumer tu pon rezeki dari Allah s.w.t..... sesungguhnyer, rezeki Allah s.w.t tu luas x terbatas dan datang lam pelbagai bentuk.....

so, kiter sbagai umatNya, hanya perlu berusah utk meningkatkan taraf hidup dan bersyukur ngan segala apa yang kiter dapat.... selagi nyawa dikandung badan, selagi itulah kiter xputus2 menerima rezeki kurniaanNya.... maka, bersyukurlah.....