Friday, April 29, 2011

takut aper orang kater


"Tabarruj wanita bermakna dia (wanita) meletakkan penutup (kain selendang) atas kepalanya dan tidak mengikatnya sehingga boleh dilihat leher dan segala perhiasannya, termasuklah rantai dilehernya."
(Ibn Kathir, jld: 3, hlm: 482-483)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”
(An-Nur:31).

tutup aurat xboleh diambil ringan.... memang sukar utk berubah ke arah kebaikan tambahan pula dikeliling kita tidak ada yang menyokong, tidak ada yang ingin turut berubah... untuk berubah, hati kena cekal, dan kuat...

apa y dirisaukan selalunya adlah tanggapan orang sekeliling... selalu kita dengar orang cakap, "pedulikan apa org kata"... tp hakikatnya, sangat sukar utk tidak menghiraukan tanggapan org terhadap diri kita...

aper y kita pkai juga bergantung kepada 'aper nant org kata'... kiter xnak pkai pkaian y nant org kater kolot, selekeh, xsesuai, n mcm2 lagi la... kadangkala, perasaan 'takut orang kata' ni la yang menyebabkan kiter jadi x keruan hingga mengatasi perasaan takut terhadap azab Allah.... perkara2 y sepatutnyer kiter titik beratkn, kiter ambil mudah... kerana perasaan 'xnk org kata' kiter ikot fesyen y bukan2....

dalam xsedar, tudung y spatutnya dilabuhkan, kita singkatkan semahunya dengan lilitan membunuh... baju y sebenarnya elok dipandang, dirasakan terlampau besar... dan, pelbagai alasan mula dicipta untuk membela cara berpakaian...

tambah menyedihkan bila timbulnya trend 'janji bertutup'.... xperla, ketat ker, nipis ker, jarang ker, janji tutup.... itu agaknyer y difikirkan.... sedarkah aper itu tutup aurat??? tutup aurat bukan sekadar menutup... tp melindungi aurat kiter..... melindungi aurat supaya bukan muhrim langsung tidak dpt membayangkan aurat kiter...

tp inilah yang terjadi.... terasa sangat sedih bila melihat semakin bertambah bilangan wanita y bertudung litup tp memakai legging.... bertudung tp baju membalut nangka... bertudung, tp x sepenuhnya...

berdosa kalau tak tutup aurat... tu yang ustazah ngan ustaz slalu cakap... tp org sekarang seolah2 anggap tutup aurat tu perkara sunat... nk kna tunggu seru datang... seru xcari orang.... kiter y kna cari pkaian n tutup aurat kiter...

menutup aurat tu wajib... benda yang wajib kena buat walau apa keadaan sekalipun.... samala ngan konsep semayang, puasa, bayar zakat, dan perkara2 wajib y len... ader y ckp, xtutup aurat pun, janji semayang... semayang tu perkara len... kenaper mesti ckp janji smayang...??? sebab smayang tu wajib kn? so, x dosa la kalo xtinggal smayang.... betul tu.... bagus x tinggal semayang.... tp, tutup aurat pun wajib.... kalo x tutup aurat brdosa la jugak kn???

kiter kna brubah.... perlu berubah.... wajib berubah ke arah kebaikan...
tp susahnyerla nk berubah.... xper... kiter cekalkan hati sdikit demi sdikit.... kiter cuber brubah sdikit dmi sdikit....

kalo pasni, bila nk beli baju, kiter try la ushar2 blouse2 labuh ker... plihla y cantik2.... fesyen tetap fesyen.... tp tutup aurat tetap wajib... pasni, kiter blajarla pkai skirt2 y labuh.... kiter kurangkan cket pkai sluar... pastu, tudung lak cemaner??? nk belit gak??? boleh... belit la smpai terbelit pun... tapi.... labuhknla kat dpan tu.. sopan cket nmpak... ni x, labuhkan kat blakang y lebih nk watper???? nk tutup per kat blakang tu??? lagi satu, bonggol2 unta tu, kurangkanla.... rambut panjang pun, boley jer ikat n sanggul cam biaser... xwat tinggi2 pun xper...

nk ubah sumer benda scara drastik sngt susah kn??? yer la... nant 'aper plak org kater'... so, dari xberubah langsung demi kerana 'takut org kata' tu, wat la cket2.... cuber tukar style tu kadang2... pastu, makin lama makin kerap kiter tukar style... so, lamer2 bila kiter da biasa ngan style baru tu, ok la... mesti org da x kater aper2 kn???? itulah y sy sdang usahakn sekarang.... semoga Allah mempermudahkan.... amin....

Sunday, April 24, 2011

TERIMA KASIH


Berterima kasihlah pd org yg telah MELUKAI hatimu krn dia telah membuat hatimu kuat...
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBOHONGImu krn dia membuat hidupmu makin bijaksana..
Berterima kasihlah pd org yg telah MEMBENCImu krn dia yg mengasah ketabahanmu..
Dan berterima kasihlah pd orang yg telah menyayangimu krn itulah anugerah terindah dalam hidupmu..

Friday, April 22, 2011

Sebelum Tidur..

Sekadar ingat mengingati.....

SEBELUM TIDUR

Perkara Sebelum Tidur (Tafsir Haqqi)

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra :

"Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhai kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah...."

Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

Rasul tersenyum dan bersabda :

"Jika engkau tidur bacalah :

1) Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.

Bismillaahirrohmaan irrohiim,

Qulhualloohu ahad' Alloohushshomad' lam yalid walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan ahad' ( 3 x )

2) Membacalah selawat untukku dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Bismillaahirrohmaanirrohiim, Alloohumma shollii 'alaa syaidinaa Muhammad wa'alaa aalii syaidinaa Muhammad ( 3 x )

3) Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.

Astaghfirulloohal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuumwa atuubu ilaih ( 3 x )

4) Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akankamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"

Bismillaahirrohmaan irrohiim, Subhanalloohi Walhamdulillaahi walaailaaha illalloohu alloohu akbar(3 x )

Sekian untuk ingatan kita bersama.


P/s: sumber:-Leklu Media (Facebook)

Thursday, April 21, 2011

WHaTeVa SiTuaTioNS, GOD iS aLWaYs WiTH uS..

If God brings you to it,
He will bring you through it.

In Happy moments, praise God.
In Difficult moments, seek God.
In Quiet moments, worship God.
In Painful moments, trust God.
In Every moment, thank God.

Wednesday, April 20, 2011

WATCH OUT!!!!!!!!!!!


Watch your thoughts, they become words.
Watch your words, they become actions.
Watch your actions, they become habits.
Watch your habits, they become character.
Watch your character, they become destiny.

Tuesday, April 12, 2011

Jaga auratmu.....

Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke neraka.

Monday, April 11, 2011

Wanita pertama masuk syurga sblum anak Rasulullah

Siti Fatimah adalah anak Rasulullah yang mempunyai budi pekerti yang baik dan beliau amat taat kepada ajaran Islam dan sifat-sifatnya sama seperti bapanya yakni Nabi Muhammad S.A.W. Pada suatu hari ketika Rasulullah sedang bercerita tentang kenikmatan syurga kepada Siti Fatimah, maka baginda pun bersabda,

“Aduhai anakandaku, ada seorang perempuan kebanyakan (orang biasa) yang akan masuk syurga lebih dahulu daripadamu”.

Mendengar sahaja kata-kata ayahandanya itu, maka berubahlah air mukanyaa lantas menangis dan berkata,

“Siapakah perempuan itu wahai ayahanda? Macam mana halnya dan bagaimana pula amalannya sehingga dia dapat lebih dahulu masuk ke dalam syurga daripada anakanda? Ayahanda, khabarkanlah di mana dia sekarang”.

Lalu Rasulullah S.A.W bersabda,

“Dia adalah seorang wanita yang miskin, tinggal di Jabal Uhud, kira-kira 3 batu dari Madinah”. Tanpa membuang masa, Siti Fatimah pun keluar pergi mencari perempuan yang dikatakan masuk syurga terlebih dahulu daripadanya. Setelah dia sampai ke rumah perempuan itu, lalu dia mengetuk pintu sambil memberi salam.

Perempuan yang Rasulullah maksudkan itu membuka pintu dan bertanyakan hajat Siti Fatimah datang ke sana tanpa menjemputnya masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah berkata,

“Saya datang ke mari kerana hendak berjumpa dan berkenalan dengan awak”.

Perempuan itu menjawab, “Terima kasih cik, tetapi saya tidak dapat membenarkan cik masuk kerana suami saya tidak ada di rumah. Nanti saya minta izin apabila dia balik nanti. Silalah datang pada esok hari”.

Dengan perasaan sedih dan dukacita Siti Fatimah pulang kerana tak dapat masuk dan bercakap panjang dengan perempuan itu. Esoknya dia kembali lagi ke rumah perempuan itu dengan membawa anaknya yang bernama Hasan. Apabila tiba di pintu rumah perempuan tersebut dan hendak dipersilakan masuk, tiba-tiba perempuan itu melihat ada budak bersama-sama Siti Fatimah, lalu dia berkata, “Ini siapa?”.

Anakanda Rasulullah menjawab, “Ini anak saya, Hasan”.

Perempuan itu lantas berkata, “Saya dukacita kerana saya belum meminta izin untuk anak ini masuk dari suami saya”.

Siti Fatimah jadi serba salah lalu dia pun balik kembali ke rumahnya. Esoknya Siti Fatimah datang lagi ke rumah perempuan itu tapi kali ini dia membawa kedua-dua anaknya iaitu Hasan dan Husin. Perempuan ahli syurga itu terkejut melihat ada seorang budak lagi yang belum diminta izin dari suaminya untuk masuk ke dalam rumah. Siti Fatimah tersipu malu lalu dia balik dengan perasaan hampa.

Dalam perjalanan pulang, hatinya berkata-kata, “Perempuan ini sangat takut kepada suaminya, sehingga perkara yang begini pun dia tak berani melakukannya. Pada hal jika dia membenarkan aku masuk, takkan suaminya marah? Tak usahlah pandang aku ini siapa dan dua budak ni cucu siapa, pandanglah kepada tetamu dan orang jauh sudahlah” bisik hatinya sambil menangis teresak-esak.

Sebaik sahaja suami kepada perempuan itu pulang, perempuan itu memberitahu perihal budak yang seorang lagi yang dibawa oleh Siti Fatimah. Sumainya yang terkejut dan hairan pun berkata, “Kenapa awak tahan sampai begitu sekali? Bukankah Siti Fatimah itu puteri Rasulullah S.A.W dan dua orang anaknya itu cucu baginda. Lebih daripada itu pun awak patut benarkan kerana keselamatan kita berdua kelak bergantung pada keredhaan Rasulullah. Jangan awak buat seperti itu lagi, jika dia membawa sesiapa pun, terimalah mereka dengan baik dan hormatlah mereka semua”.

Isterinya menyahut, “Baiklah, tetapi maafkanlah kesalahan saya kerana saya mengerti bahawa keselamatan diri saya ini bergantung pada keredhaan awak, suami saya. Oleh itu saya tak berani membuat perkara yang akan membawa kemarahan atau menyakiti hati awak”.

“Terima Kasih” sahut suaminya.

Pada hari seterusnya, Siti Fatimah datang lagi dengan membawa dua orang puteranya. Setelah diterima masuk dan dijamu dengan buah kurma dan air, mereka pun memulakan perbualan. Dalam pada itu, perempuan itu berjalan ke arah muka pintu rumahnya sambil memandang ke arah jalan seolah-olah sedang menantikan kedatangan seseorang dengan tak berepa memperdulikan Siti Fatimah. Sambil itu Siti Fatimah melihat di tangan perempuan itu terdapat sebatang tongkat dan sebuah bekas berisi air manakala tangan yang sebelah lagi menangkat hujung kain sehingga menampakkan betis dan pehanya dan mukanya penuh dengan senyuman yang manis.

Melihat keadaan sebegitu rupa dengan perasaan resah kerana tidak diperdulikan lalu Siti Fatimah bertanya, “Mengapa jadi begini?”

Perempuan itu menyahut, “Cik, harap maafkan saya kerana saya sedang menantikan kepulangan suami saya”.

“Buat apa dengan bekas air itu?” tanya Siti Fatimah.

Jawab perempuan itu, “Kiranya suami saya dahaga pada ketika dia balik, saya akan segera menghulurkan air ini kepadanya supaya tak terlambat. Jika terlambat nanti dia akan marah”.

Kemudian Siti Fatimah bertanya lagi, “Buat apa pula tongkat itu?”

Perempuan itu menjawab, “Jika suami saya marah, mudahlah dia memukul saya dengan tongkat ini”.

Siti Fatimah bertanya lagi, “Kenapa pula awak selak kain awak sehingga menampakkan aurat, bukankah itu haram?”

Maka perempuan itu berkata, “Jika dia berkehendakkan saya, lalu dia pandang saya begini tentulah menambahkan syahwat dan nafsunya yang memudahkan kepada maksudnya”.

Selesai sahaja perempuan itu menjawab segala pertanyaannya, Siti Fatimah termenung dan hairan lalu dia berkata, “Jika begini kelakuan dan perangainya terhadap suaminya, tidak dapatlah aku mengikutnya. Patutlah dia masuk ke syurga dahulu daripada aku serta wanita-wanita lain. Ternyata benarlah bahawa keselamatan seorang perempuan yang bersuami itu bergantung pada ketaatan dan keredhaan suami terhadapnya”.

Sambil teresak-esak menangis dan menitis air matanya, Siti Fatimah meminta izin untuk pulang dan dia segera mengadap ayahandanya Rasulullah S.A.W lalu berkata, “Anakanda berasa sangat sedih dan lemah segala sendi kerana tak dapat meniru dan melakukan sebagaimana perangai dan amalan perempuan yang ayahanda maksudkan itu”.

Sebaik sahaja Rasulullah S.A.W mendengar rintihan puterinya lalu baginda bersabda sambil tersenyum, “Anakanda, janganlah susah hati, perempuan yang anakanda jumpa itu ialah perempuan yang akan memimpin dan memegang tali ras kendali tunggangan anakanda tatkala masuk ke syurga. Jadi dialah yang masuk terlebih dahulu”. Setelah mendengar penjelasan itu, barulah Siti Fatimah tersenyum ketawa.