Bertudunglah walau TERPAKSA,
Solatlah walau TERPAKSA,
Puasalah walau TERPAKSA.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH
Solatlah walau TERPAKSA,
Puasalah walau TERPAKSA.
Dari keterpaksaan itu perlahan-lahan kita akan menemukan HIKMAH
dan akhirnya hati kita menjadi IKHLAS keranaNya.
Hidayah perlu dicari, bukan diTUNGGU.
Ustaz Azhar Idrus
Ada seorang hamba ALLAH mengatakan; "Buat apa bertudung kalau berbaju lengan pendek. Sama jer lah kalau tak pakai tudung pun. Aku tak nak la pakai tudung kalau berlengan pendek. aku tak pakai tudung pun, sama jer la dengan yang bertudung tapi berlengan pendek tu."
Senangnya mencipta alasan ke atas perintah Allah....
Rambut dan leher wanita adalah aurat. Lengan wanita juga merupakan aurat yang WAJIB dilindungi dari pandangan mereka yang bukan mahram. Maknanya, tidak bertudung merupakan satu dosa dan tidak menutupi lengan juga merupakan satu dosa.
- Kalau tidak bertudung, tapi berlengan panjang dosa jatuh ke atas rambut dan lehernya.
- Kalau bertudung, tapi berlengan pendek pula, dosa jatuh ke atas mendedahkan lengan.
- Kalau tidak bertudung dan tidak menutupi lengan, dosa jatuh ke atas rambut, leher dan juga lengan.
- Kalau bertudung dan menutupi lengan, Alhamdulillah, semoga kita bebas dari dosa mendedahkan aurat...
Ramai juga hamba Allah yang mengatakan; "Tunggulah bila sudah bersedia baru saya bertudung. Kalau bertudung tapi hati tidak ikhlas buat apa."
Menutup aurat kan perkara yang wajib. Bila dah nama wajib tu, maknanya kita kena buat. Tidak kiralah ikhlas atau tidak ikhlas.
- Kalau menutup aurat dengan hati yang tidak ikhlas atau terpaksa, dosa mendedahkan aurat tidak akan jatuh. Cuma pahala keikhlasan yang mungkin kita tidak akan dapat.
- Kalau menutup aurat dengan hati yang ikhlas kerana Allah, dosa mendedahkan aurat tidak akan jatuh serta InsyaAllah kita akan beroleh ganjaran pahala di atas keikhlasan kita.
Pernah juga seorang sahabat bersungut; "Menyampah betulla dengan si M tu. Bila kelas agama pandai pula pakai tudung. Abis kelas tu, terus jer tanggalkan. Baik tak payah pakai terus kalau macam tu."
Pahala bukan sesuatu yang dilihat atau dikira secara umum dan kita tidak berhak menentukan dosa dan pahala seseorang tu. apa yang kita boleh buat hanyalah mengambil iktibar ke atas setiap kejadian. Saya terangkan padanya;
- Kalau si M tu buat macam tu, paling tidak waktu kelas agama selama dua jam tu, dia bebas dari dosa mendedahkan aurat.
- Kalau dia tidak bertudung terus, maka sepanjang masa dia akan dapat dosa kerana mendedahkan aurat.
Dari kita minta dia tidak bertudung terus, kan lebih baik kalau kita doakan dia bertudung terus..... (~_~)