Tuesday, February 7, 2012

terima ketentuan


ya, saya perlu berhenti di sini
cukuplah setakat ini
tak perlu tertanya-tanya lagi
redha dan terimalah sebarang ketentuan
yakinilah jalan cerita pasti ada
setiap kisah ada penamat

sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Dia yang mengatur, Dia yang menentukan
watak dilakonkan telah ditetapkan
kita hanya perlu berusaha
namun andai tiba satu masa
usaha tidak lagi memainkan peranan
berehatlah

berserah pada ketentuanNya
redha dengan apa yang akan terjadi
yakinlah setiap ketentuan ada hikmahNya
kita mungkin tidak mengerti
kerana hanya Dia yang mengetahui

No comments: